Umum

Maklumat yang terdapat di dalam URL tapak web (“Tapak Web”) mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau ralat tipografi. Semua maklumat yang disediakan dari Tapak Web ini disediakan “seperti adanya” untuk tujuan maklumat sahaja dan tanpa sebarang jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan tidak melanggar, kualiti atau kesesuaian yang memuaskan untuk tujuan tertentu.

ONE Esports, boleh membuat perubahan kepada isi Tapak Web ini pada bila-bila masa tanpa memberitahu terlebih dulu.

Tiada Jaminan untuk tapak web ini dan/atau Bahan

  • Tapak web ini dan Bahan disediakan “seperti adanya”, “seperti tersedia”. ONE Esports tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan tapak web ini dan/atau Bahan dan secara jelas menepikan tanggungjawab atas kesalahan atau ketiadaan di tapak web ini dan/atau Bahan. Tiada sebarang jaminan, tersirat, tersurat atau berkanun, termasuk tetapi tidak terhad kepada jaminan tidak melanggar hak pihak ketiga, hak milik, kebolehan niaga, kualiti dan/atau kesesuaian yang memuaskan untuk tujuan tertentu, diberikan bersama dengan tapak web ini dan/atau Bahan.
  • ONE Esports tidak menjamin bahawa tapak web ini dan/atau Bahan akan disediakan tanpa gangguan atau bebas daripada ralat atau bahawa sebarang kecacatan yang dikenal pasti akan diperbaiki; selanjutnya, tiada jaminan bahawa tapak web ini dan Bahan adalah bebas daripada sebarang virus atau kod, program atau makro yang berbahaya, memusnahkan atau merosakkan.

Pautan kepada tapak web luaran

ONE Esports tidak membuat penyataan mengenai keselamatan, kualiti atau kewajaran mana-mana tapak web yang boleh diakses melalui Tapak Web ini. Tapak web yang terhubung yang diakses melalui Tapak Web ini adalah tapak web bebas yang bukan di bawah kawalan ONE Esports, sama ada kewangan, editorial atau sebagainya dan sama sekali tidak diendors oleh ONE Esports.

Keselamatan dan perlindungan virus

ONE Esports tidak akan bertanggungjawab kepada anda atas kerosakan langsung, tidak langsung, akibat, khusus atau lain-lain yang disebabkan oleh penghantaran daripada tapak web ini kepada sistem komputer anda sebarang virus, cecacing, kuda trojan atau barang-barang lain yang merosakkan, bagaimanapun caranya, kerosakan tersebut termasuk , tanpa had, kehilangan untung, gangguan perniagaan, kehilangan keseluruhan atau mana-mana bahagian program atau data apa pun yang disimpan sama ada di sistem komputer atau sebaliknya.

Memuat Turun Dan Mencetak Bahan Dari Tapak Web

Semua teks dan grafik yang dipaparkan di Tapak Web ini dan pemilihan atau penyusunannya adalah hak cipta ONE Esports. Anda diberi kebenaran untuk menyalin dan mencetak secara elektronik dalam bahagian salinan cetak Tapak Web ini untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil. Sebarang penggunaan bahan di Tapak Web ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran semula untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan di atas dan pengubahsuaian, pengedaran atau penerbitan semula) tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada ONE Esports dilarang sama sekali.

Harta Intelek

Semua tanda dagangan, nama produk, nama jenama, nama syarikat, hak, hak cipta atau logo yang disebutkan di sini adalah tanda dagangan, nama dagangan atau hak cipta pemilik masing-masing. Tiada kebenaran diberikan oleh ONE Championship berkenaan penggunaan tanda dagangan, nama produk, nama jenama, nama syarikat, hak, hak cipta atau logo.

Komen Pengguna, Maklum Balas Dan Penyerahan Lain

Semua komen, maklum balas, cadangan, idea dan penyerahan lain yang didedahkan, diserahkan atau diberikan kepada ONE Esports di atau oleh tapak web kami atau yang didedahkan, diserahkan atau diberikan hasil daripada penggunaan tapak web kami oleh anda (secara kolektif disebut sebagai “Komen” ) akan menjadi dan kekal sebagai milik ONE Esports. Pendedahan, penyerahan atau penyediaan apa-apa Komen sebegini akan dianggap sebagai penguntukan kepada ONE Esport semua hak milik, hak, kepentingan di seluruh dunia berkenaan hak cipta dan harta intelek lain dalam Komen.

ONE Esports memiliki secara eksklusif semua hak milik, hak dan kepentingan tersebut dan tidak boleh dihadkan dalam cara apa pun penggunaannya, komersil atau sebaliknya, sebarang Komen. ONE Esports tidak dan tidak akan diwajibkan untuk: (a)Mengekalkan sebarang kerahsiaan Komen; (b)Membayar kepada pengguna apa-apa pampasan atas sebarang Komen; atau (c)Menjawab sebarang Komen pengguna

  • Anda bersetuju bahawa Komen yang diserahkan oleh anda kepada tapak web kami tidak akan melanggar hak pihak-pihak ketiga mana pun, termasuk hak cipta, tanda dagang, privasi atau hak peribadi atau hak pemilikan lain. Di samping itu, anda bersetuju bahawa Komen yang diserahkan oleh anda kepada tapak web kami bukan atau mengandungi bahan fitnah atau bahan yang menyalahi undang-undang, kasar atau lucah. Anda sepanjang masa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan Komen yang anda buat.

  • Anda bersetuju bahawa ONE Esports boleh menggunakan dan/atau mendedahkan maklumat mengenai demografi anda dan penggunaan tapak web kami oleh anda dengan cara yang tidak mendedahkan identiti anda. Dengan menyertai peraduan, promosi, dan/atau meminta maklumat promosi atau kemas kini produk di tapak web kami, anda bersetuju bahawa ONE Esports boleh menggunakan maklumat anda untuk tujuan pemasaran, promosi dan perniagaan lain.

Pengecualian Liabiliti

Penggunaan sebarang maklumat atau bahan di Tapak Web ini oleh anda adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya, dan ONE Esport tidak akan dipertanggungjawabkan. Adalah tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan bahawa sebarang produk, perkhidmatan atau maklumat yang tersedia melalui tapak web ini memenuhi keperluan khusus anda.