DASAR PRIVASI

Dasar Privasi ini (“Dasar Privasi”) menetapkan dasar yang ONE Esports Pte Ltd (“kami”) boleh mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi pelanggan kami selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (“PDPA”). Dasar Privasi ini terpakai kepada data peribadi yang dimiliki atau di bawah kawalan kami, termasuk data peribadi yang dimiliki oleh organisasi yang kami gunakan khidmat mereka untuk mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi demi tujuan kami.

DATA PERIBADI

1. Seperti yang digunakan dalam Dasar Privasi ini:

“pelanggan” bermaksud individu yang (a) telah menghubungi kami melalui sebarang cara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barang dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan, atau (b) boleh, atau telah, menandatangani kontrak dengan kami untuk membekalkan barang dan/atau perkhidmatan oleh kami, (c) atau berinteraksi dengan kami di pelbagai acara (seperti acara esports) yang kami anjur dan/atau melalui pelbagai platform dalam talian yang kami senggara;

“Data peribadi” bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai pelanggan yang dapat dikenal pasti: (a) daripada data tersebut; atau (b) daripada data tersebut dan maklumat lain yang kami ada atau mungkin akan ada

“Barang dan/atau perkhidmatan” bermaksud apa-apa dan semua barang dan perkhidmatan yang kami sediakan saat ini kepada pelanggan atau rakan niaga kami, termasuk tiket acara, media, iklan, jualan penajaan, peruncitan pakaian athleisure dan barang-barang lain yang berkaitan dengan sukan, permainan mudah alih dan/atau konsol, dan aplikasi, serta barang dan perkhidmatan lain yang mungkin kami akan sediakan pada masa depan dari semasa ke semasa;

2. Bergantung kepada sifat interaksi anda dengan kami, beberapa contoh data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda termasuk nama, alamat kediaman, alamat e-mel, nombor telefon, kewarganegaraan, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, maklumat pekerjaan, maklumat kewangan, kumpulan umur, negara tempat tinggal serta hobi dan minat.

3. Istilah lain yang digunakan dalam Dasar Privasi ini mempunyai makna yang diberikan kepadanya dalam PDPA (apabila dibenarkan oleh konteks).

PENGUMPULAN, PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI

4. Kami secara amnya tidak mengumpulkan data peribadi anda melainkan (a) ia diberikan kepada kami secara sukarela oleh anda secara langsung atau melalui pihak ketiga yang telah diberi kuasa oleh anda untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami(“wakil yang sah” anda) setelah (i) anda (atau wakil anda yang sah) telah diberitahu mengenai tujuan pengumpulan data tersebut, dan (ii) anda (atau wakil anda yang sah) telah memberikan persetujuan bertulis untuk pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda untuk tujuan tersebut , atau (b) pengumpulan dan penggunaan data peribadi tanpa persetujuan dibenarkan atau diwajibkan oleh PDPA atau undang-undang lain. Kami akan meminta persetujuan anda sebelum mengumpulkan data peribadi tambahan dan sebelum menggunakan data peribadi anda untuk tujuan yang belum diberitahu kepada anda (kecuali jika dibenarkan atau ditauliahkan oleh undang-undang).

5. Kami boleh mengumpulkan dan menggunakan data peribadi anda untuk mana-mana atau semua tujuan berikut:

(a) melaksanakan kewajipan dalam atau berkaitan dengan penyediaan barang dan/atau perkhidmatan kami kepada anda;

(b) mengesahkan identiti anda;

(c) menjawab, menangani, dan memproses pertanyaan, permintaan, permohonan, aduan, dan maklum balas daripada anda;

(d) menguruskan hubungan anda dengan kami;

(e) memproses pembayaran atau transaksi kredit;

(f) mematuhi undang-undang, peraturan, kod amalan, panduan, atau peraturan yang terpakai, atau untuk membantu penguatkuasaan dan penyiasatan undang-undang yang dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan dan/atau kawal selia;

(g) menghantar kepada mana-mana pihak ketiga yang bukan gabungan termasuk penyedia perkhidmatan dan ejen pihak ketiga kami, dan pihak berkuasa kerajaan dan/atau kawal selia yang berkaitan, sama ada di Singapura atau di luar negara, untuk tujuan yang disebutkan di atas;

(h) sebarang tujuan perniagaan sampingan lain yang berkaitan atau berhubungan dengan perkara di atas;

(i) untuk mengembangkan, menguji dan memperbaiki barang dan/atau perkhidmatan kami, termasuk dengan melakukan tinjauan dan penyelidikan, dan menguji dan menyelesaikan masalah produk dan ciri baru;

(j) untuk menghantar komunikasi pemasaran dan promosi (termasuk komunikasi rakan niaga dan penaja kami), berkomunikasi dengan anda mengenai barang dan/atau perkhidmatan kami, tinjauan dan memberitahu anda mengenai dasar dan terma kami. Kami juga menggunakan maklumat anda untuk memberi balasan kepada anda apabila anda menghubungi kami;

(k) jika berkenaan, untuk menguruskan ganjaran dan pemberian hadiah dalam tinjauan atau pertandingan bukan komersil lain yang mungkin kami jalankan dari semasa ke semasa;

(l) apa-apa tujuan lain yang anda berikan maklumatnya; dan

(m) menggunakan dan berkongsi data peribadi anda dengan ahli gabungan kami di seluruh dunia, termasuk Group One Holdings Pte Ltd, untuk tujuan yang dinyatakan dalam Bahagian 5 ini, termasuk untuk menghantar pemasaran dan promosi kepada anda mengenai barang dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli gabungan kami.

6. Kami boleh mendedahkan data peribadi anda:

(a) apabila pendedahan tersebut diperlukan dalam melaksanakan kewajipan dalam atau berkaitan dengan penyediaan barang dan/atau perkhidmatan kami kepada anda;

(b) kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, vendor, kontraktor, ejen dan organisasi lain yang telah kami arahkan untuk melaksanakan mana-mana fungsi dengan merujuk kepada tujuan yang disebutkan di atas; atau

(c) kepada sekutu kami di seluruh dunia, dan dalam keadaan ini, maklumat anda boleh dipindahkan, disimpan atau diproses di negara-negara di luar tempat anda tinggal untuk tujuan yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini.

7. Tujuan yang tercantum dalam klausa di atas boleh terus berlaku walaupun dalam keadaan apabila hubungan anda dengan kami (misalnya, hubungan komersil, perniagaan dan/atau pekerjaan kita telah berakhir) telah ditamatkan atau diubah dengan cara apa pun, untuk tempoh yang munasabah selepas itu (termasuk, jika berkenaan, tempoh untuk membolehkan kami menguatkuasakan hak kami di bawah kontrak dengan anda).

MENARIK BALIK KEBENARAN ANDA

8. Persetujuan yang anda berikan untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda akan tetap sah sehingga masa ia ditarik balik oleh anda secara bertulis. Anda boleh menarik balik persetujuan dan meminta kami berhenti mengumpulkan, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda untuk apa-apa atau semua tujuan yang disenaraikan di atas dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di maklumat hubungan yang disediakan di bawah.

9. Setelah menerima permintaan bertulis anda untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin memerlukan masa yang munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk permintaan anda diproses dan untuk kami memberitahu anda mengenai

akibat kami bersetuju, termasuk akibat undang-undang yang boleh memberi kesan kepada hak dan liabiliti anda kepada kami. Secara umum, kami akan cuba memproses permintaan anda dalam sepuluh (10) hari bekerja setelah menerimanya.

10. Walaupun kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan anda, harap maklum bahawa bergantung pada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak dapat terus memberikan barang dan/atau perkhidmatan kami kepada anda dan kami akan, dalam keadaan sebegini, memberitahu anda sebelum menyelesaikan pemprosesan permintaan anda. Sekiranya anda memutuskan untuk membatalkan penarikan balik persetujuan anda, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dengan cara yang dijelaskan dalam klausa 8 di atas.

11. Ambil perhatian bahawa menarik balik persetujuan tidak akan menjejaskan hak kami untuk terus mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi apabila pengumpulan, penggunaan dan pendedahan tanpa izin sebegini dibenarkan atau diwajibkan berdasarkan undang-undang yang terpakai.

AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI

12. Sekiranya anda ingin membuat (a) permintaan akses untuk mengakses salinan data peribadi yang kami simpan mengenai anda atau maklumat mengenai cara kami menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda, atau (b) permintaan membetulkan atau mengemaskinikan mana-mana data peribadi anda yang kami simpan mengenai diri anda, anda boleh mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami di maklumat hubungan yang disediakan di bawah.

13. Harap maklum bahawa bayaran yang munasabah mungkin dikenakan untuk permintaan akses. Sekiranya demikian, kami akan memberitahu anda mengenai bayaran sebelum memproses permintaan anda.

14. Kami akan menjawab permintaan anda secepat mungkin. Secara amnya, jawapan kami akan diberi dalam masa dua puluh satu (21) hari. Sekiranya kami tidak dapat menjawab permintaan anda dalam tiga puluh (30) hari setelah menerima permintaan anda, kami akan memberitahu anda secara tertulis dalam masa tiga puluh (30) hari dari masa kami dapat menjawab permintaan anda. Sekiranya kami tidak dapat memberikan anda data peribadi atau membuat pembetulan yang diminta oleh anda, secara amnya kami akan memberitahu anda sebab kami tidak dapat melakukannya (kecuali jika kami tidak diwajibkan untuk melakukannya di bawah PDPA).

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

15. Untuk melindungi data peribadi anda daripada akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan yang tidak sah atau risiko yan serupa, kami telah memulakan langkah-langkah pentadbiran, fizikal dan teknikal yang sesuai seperti perlindungan antivirus terkini, penyulitan, penggunaan penapis privasi, dan mendedahkan data peribadi baik secara dalaman atau kepada penyedia perkhidmatan dan ejen pihak ketiga kami yang sah hanya setakah yang perlu, dan langkah-langkah lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa yang sesuai.

16. Bagaimanapun anda hendaklah maklum, bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang selamat sepenuhnya. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin, kami berusaha untuk melindungi keselamatan maklumat anda dan sentiasa mengkaji dan meningkatkan langkah keselamatan maklumat kami.

KETEPATAN DATA PERIBADI

17. Kami secara amnya bergantung kepada data peribadi yang disediakan oleh anda (atau wakil anda yang diberi kuasa). Untuk memastikan data peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, sila maklumkan kami jika terdapat perubahan kepada data peribadi anda dengan memaklumkan Pegawai Perlindungan Data secara bertulis atau melalui e-mel di butiran hubungan yang disediakan di bawah.

PENGEKALAN DATA PERIBADI

18. Kami boleh mengekalkan maklumat peribadi anda selagi ia diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, atau seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.

19. Kami akan berhenti menyimpan data peribadi anda, atau menghapuskan cara sesuatu data boleh dikaitkan dengan anda, dengan seberapa segera yang munasabah untuk menganggap bahawa penyimpanan data itu tidak lagi memenuhi tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan, dan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan.

PEMINDAHAN DATA PERIBADI DI LUAR SINGAPURA

20. Kami secara amnya tidak memindahkan data peribadi anda ke negara-negara di luar Singapura. Namun, jika kami melakukannya, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk pemindahan dilakukan dan kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa data peribadi anda terus menerima standard perlindungan yang setanding dengan yang disediakan di bawah PDPA.

PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA

21. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai dasar dan prosedur perlindungan data peribadi kami, atau jika anda ingin membuat sebarang permintaan, dengan cara berikut:

Nama DPO: Will Finn

No. Hubungan: 66598700

Alamat emel : w.finn@onefc.com

PELBAGAI

22. Dengan mengakses dan melayari fungsi di tapak web dan aplikasi mudah alih kami, sila maklum bahawa anda juga akan menyetujui dan tunduk kepada syarat-syarat Terma Perkhidmatan YouTube (https://www.youtube.com/t/terms ), Perkhidmatan API YouTube (https://developers.google.com/youtube/terms/developer-policies#definition-youtube-api-services) dan Dasar Privasi Google (http://www.google.com/policies/privacy ). Dasar pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan penyimpanan data peribadi tersebut adalah seperti yang diperincikan dalam pautan yang disebutkan di atas.

PENGUATKUASAAN DASAR PRIVASI DAN KEMASKINI

23. Dasar Privasi ini berlaku bersama dengan pemberitahuan, klausa kontrak dan klausa persetujuan lain yang berlaku berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda oleh kami.

24. Kami boleh menyemak Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu. Anda boleh menentukan sama ada semakan sedemikian telah berlaku dengan merujuk kepada tarikh Dasar Privasi ini terakhir dikemas kini. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami oleh anda merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.